Wednesday, February 4, 2009

Hmt 329 Lagu Untukmu

Lagu Untukmu
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Pada pendapat saya, lirik lagu ini memperlihatkan perasaan seorang lelaki yang mengalami kekecewaan terhadap percintaannya. Dari sudut analisis konstrastif, kita dapat perhatikan bahawa perasaan cinta yang diluahkan kepada gadis yang dicintainya tidak menerima balasan. Oleh itu, dapat ketahui bahawa setiap individu berbeza dari segi emosi, fikiran, dan perasaan. Walau bagaimanapun, lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan cintanya yang tidak terbalas.

No comments: