Sunday, January 18, 2009

HMT 329: Perbandingan makna perkataan dari aspek analisis kontrastif semantik

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna "beliau/dia/ta dalam berita Bernama Bahasa Mandarin (华人新年期间《态度行动19》由1月19日展开至2月2日结束 dan马华欢迎政府降低电费与民共赴时艰) dan berita Bernama Bahasa Melayu (Ops Sikap Tahun Baru Cina Mulai 19 Januari dan MCA Sambut Baik Langkah Kaji Semula Tarif) dari aspek sinonim dalam analisis semantik.

Pendahuluan
Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk Berita 1 dan Berita 2 dari aspek Kata Ganti Nama iaitu ’beliau/dia/nya’ atau ’ta,他’ dalam bahasa Mandarin dari segi Sinonim intrabahasa dan interbahasa.

Perbandingan dalam bahasa Mandarin sendiri merupakan intrabahasa manakala data yang membandingkan bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu merupakan interbahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada sesuatu perkataan mempunyai makna yang sama dalam bahasa yang berlainan.

Kaedah
Kami mendapatkan korpus data berita Mandarin dan berita Melayu dari laman web Bernama (http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=38390,http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=38402). Selain itu, kami juga menggunakan kaedah TextSTAT. Sebelum kami memasukkan data bahasa Mandarin ke dalam TextSTAT, kami terpaksa menterjemahkan berita Mandarin ke dalam ‘han_yu_pin_yin’ kerana dokumen textSTAT tidak dapat menerima kata Mandarin. Selepas itu, kami mengeksport bentuk kata dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan frekuensi setiap perkataan yang terdapat dalam kedua-dua berita tersebut. Di samping itu, kami juga menggunakan laman web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan makna perkataan yang dikaji.

Dapatan dan Analisis
Kami mengkaji Berita 1 dan Berita 2 dari aspek Kata Ganti Nama dari segi Sinonim. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan persamaan indentikal atau persamaan hampiran (wikipedia, 17 Jan 2009). Pernyataan ini juga disokong oleh beberapa tokoh seperti F.R.Palmer, dan S.Nathesan.

Menurut F.R.Palmer dalam buku Semantik, sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain (1989:97). Manakala, S.Nathesan mengatakan bahawa sinonim pada umumnya difahami sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dengan kata lain (2001:3).

Berdasarkan analisis data yang dikaji, kami mendapati bahawa kata ‘ta,他’ yang muncul dalam Berita Mandarin akan menjadi Kata Ganti Nama iaitu ’beliau atau nya’ dalam Berita Melayu. Menurut kamus bahasa Mandarin kata ‘ta,他’ bermaksud orang ketiga atau orang lain. Penggunaan kata ganti nama ini tidak bergantung kepada konteks. Hal ini bermakna penggunaan kata ‘ta,他’ tidak mengambil status orang yang dirujuk dan kata ganti ini digunakan dalam semua peringkat masyarakat. Berdasarkan kedua-dua Berita Mandarin, membuktikan bahawa penggunaan kata ganti nama ‘ta,他’ boleh digunakan untuk merujuk kepada orang yang berstatus tinggi seperti Datuk. Hal ini berbeza dalam Berita Melayu yang mementingkan konteks penggunaan sesuatu perkataan. Sebagai contonhnya, kata ganti nama ‘ta,他’ dalam bahasa Mandarin apabila dilihat dalam Berita Melayu akan menggunakan kata ganti nama orang ketiga iaitu ’beliau dan nya’. Walau bagaimanapun, kata ganti nama dalam kedua-dua bahasa itu sebenarnya merujuk kepada orang yang sama. Tetapi kata ganti nama beliau merujuk kepada orang yang berstatus tinggi dan dihormati iaitu sama maksud dengan ‘ta,他’ dalam bahasa Madarin.

Penutup
Kesimpulanya, kami mendapati bahawa walaupun perkataan kata ganti nama dikaji dua bentuk bahasa yang berbeza, namun makna yang hendak disampaikan adalah sama. Selain itu, kami juga mendapati bahawa dalam bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama bergantung kepada konteks iaitu kata ganti nama yang digunakan harus merujuk kepada status orang yang dirujuk. Namum, hal ini tidak berlaku dalam bahasa Mandarin.

Rujukan buku
R.F Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah:Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
S. Nathesan. 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan laman web
Dewan Bahasa dan Pustaka. 17 jan 2009. http://prpm.dbp.gov.my/
Wikipedia. 14 jan 2009. synoym. http://en.wikipedia.org/wiki/synoym%5b17 jan 2009]


Liew Siew Foong, 8
Wong Siet Li, 29

No comments: