Thursday, February 5, 2009

HMT329-KONSEP MILIK/PUNYA

Hmt 329: KONSEP MILIK
Pendahuluan
Esei ini membincangkan perbezaan konsep milik dalam dialek hakka dan bahasa mandarin yang dituturkan di Sarawak dan juga dialek melayu selatan yang dituturkan di Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan struktur ayat terutamanya dari segi konsep milik antara kedua-dua dialek dan bahasa mandarin.







Berdasarkan data di atas, kami dapati bahawa terdapat perbezaan penggunaan kata untuk menyatakan konsep milik antara kedua-dua dialek ini. Contohnya, bagi ayat “ini ialah kereta saya”, dalam dialek hakka, perlu menggunakan kata “kai” yang bermaksud “punya”. Hal ini dapat dilihat melalui ayat “nga kai cha” seperti di atas. Selain itu,dalam bahasa mandarin juga terdapat penggunaan konsep milik. Hal ini ditunjukkan melalui ayat “Wo de che”. Konsep milik diwakili oleh kata “de”. Hal ini berbeza dengan dialek melayu selatan, yang tidak menggunakan kata “punya” sebagai penanda konsep milik. Buktinya, dalam dialek melayu selatan, ayat “ini ialah kereta saya” hanya diungkapkan sebagai “kete aku”.

Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam struktur ayat antara kedua-dua dialek ini. Contohnya, dalam ayat “beliau ialah emak Ivy”, ianya dituturkan sebagai “Ivy kai mama”. Hal ini menunjukkan unsur keterangan bagi “emak”, iaitu “Ivy”, diletakkan pada bahagian hadapan ayat. Struktur dalam bahasa mandarin adalah sama iaitu unsur keterangan diletakkan di bahagian hadapan. Hal ini berbeza dengan dialek melayu selatan yang mempunyai unsur keterangan pada bahagian belakang ayat, iaitu kata “Ivy” diletakkan selepas kata “mak”.

Dari segi hukum DM (diterangkan-menerangkan), terdapat perbezaan antara dialek hakka dan dialek melayu selatan. Hukum DM akan menjadi hukum MD (menerangka-diterangkan) dalam dialek hakka. Sebaliknya, dalam dialek melayu selatan, hukum DM masih dikekalkan. Buktinya, dalam ayat 3 hingga 7, unsur menerangkan mendahului unsur diterangkan dalam dialek hakka. Contohnya, frasa “abang saya”, dalam bahasa melayu standard akan diungkapkan sebagai “nga koko” iaitu “saya abang” dalam dialek hakka. Manakala dalam dialek melayu selatan, ungkapan ini masih kekal mematuhi hukum DM iaitu diungkapka sebagai “abang aku”. Ungkapan ini menunjukkan bahawa unsur yang diterangkan iaitu abang mendahului unsur yang menerangkan iaitu aku.

Penutup
Kesimpulan, konsep milik yang digunakan dalam dialek hakka, bahasa mandarin dan dialek melayu selatan adalah berbeza. Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam struktur ayat yang dituturkan. Dialek hakka dan bahasa mandarin tidak mematuhi hukum DM jika dibandingkan dengan dialek melayu selatan yang mematuhi hukum DM seperti dalam bahasa melayu standard.

Bibliografi
Rujukan Hidup
Liew Siew Foong
Nur Najwa Hanim

8. Liew Siew Foong
17. Nur Najwa Hanim












No comments: