Thursday, January 8, 2009

Kuliah pada 8 Januari

Faktor-faktor yang menentukan aturan/urutan/susunan kata/konstituen <> Word Order

1.Keseringan <> Frequency
2.Ketertandaan <> Markedness
3.Keneutralan konteks secara pragmatik

>1.Keseringan
~~Faktor keseringan menentukan aturan kata dengan mengira bilangan subjek, kata kerja, dan
objek yang wujud. Antaranya ialah SKO, SK, dan S.

>2.Ketertandaan
~~Terbahagi kepada dua iaitu bentuk bertanda dan bentuk yang tidak bertanda.
~~Bentuk bertanda ialah bentuk yang jarang kita gunakan atau apa-apa yang jarang ditandakan.
~~Ayat pasif ditandakan kerana jarang digunakan.
~ ~Sebagai contoh, perkataan dalam bahasa Inggeris lion yang boleh merujuk kepada singa
jantan dan juga singa betina manakala lioness pula hanya merujuk kepada singa betina.
~~Bentuk tidak bertanda ialah bentuk yang sentiasa digunakan.

>3.Keneutralan konteks secara pragmatik
~~Kemunculan konteks penting
~~Contohnya, apabila kata keterangan digerakkan ke hadapan, maka ia dipanggil konteks. Hal
ini bermakna yang melibatkan konteks perlu diabaikan.
~~Konteks penting dalam mewujudkan pelbagai bentuk.
Anafora-Antesedan di hadapan, merujuk ke belakan
Katafora-Unsur yang terpaksa dirujuk ke hadapan.

No comments: